Thursday 17 November 2011

tired . haaaa .

fuhh . penat gilaa td kua ngn Comot n kawan-kawan dy . g merayap sekitar Shah Alam . Roundabout kt Shah Alam ni rupa-rupanya ade 36 bulatan . haihh . gilaa byk ahh . so aku gerak uma comot dlm kul 4 lebeh kott , then lepak-2 , diorg ckp na merayap . Then diorg sewa la kete , kete viva jeaa bukan kete besa punn . sewa kete tu sejam RM10 . so tdy diorg sewa 3 jam . dpat kete dlam kul 6 , then kua laa g jalan-2 . mula-2 kteorg teman sorg mmbe ni g bli tiket bus , na balik kuala kangsar . pas teman mmbe bli tiket , kteorg g jalan-2 kt stadium Shah Alam pulakk . da tada keje en , so merayap jea laa . na tagkap gamba , haihh , camera mmbe ta bawak pulakk , so tada la gamba na tunjuk kt korg enn . sorry :) . jalan punya jalan , ta prasan jam da kul 9 . then kteorg pun balik laa . sampai jea rumah , bru rasa penat . haha . sengal enn . harapan kteorg tdy egt na makan TUTTI FRUTTI tapy ta dapekk SEBAB no Moneyy . haha . kesian kann kteorg . kene laa tgu Sem 2 , pegy ramai-2 lagy . ni jea na cite , sbb mgkn ade yg tertinggal tapppyyy da LUPA . haha . okay laa . sekian :))

Wednesday 16 November 2011

lets me introduce you all , my Best Friend Forever <3<3

Siti Adilah , called Dyla a.k.a Acik .


Noor Madiha , called Comot a.k.a Mummy .

Shazreen Kamarul Bahrin , called Shaz a.k.a Baby or Faizal Basir .
Khairolizham , called ijam a.k.a Bucuk . 


Tuesday 15 November 2011

lame nyeee :)

fuhhh !
lame gilaa ta update blog ni enn .
btw skrg aku da start blajaa da .
now aku blaja kt Universiti Selangor Shah Alam (UNISEL)
aku amek course Medical Imaging .
medical imaging ni actually na jdy juru X-ray .
byk jugakk la kne egt . especially nama-nama tulang . haihhh
tapi tape sbb best and dapat ramai kawan baru . sangatt best la !
kawan baik aku kt unisel ni adalahhhh . JENG !!
iaituuu , siti adilahh bt mohd azam , noor madiha bt jasni , shazreen kamarul bahrin , khairolidzham .
diorg ni memang Da BEST laa . noor madiha , kteorg pgil dy Comot sbb dy yg soh pgil cm tuu .
yg penting AKU SAYANG KORANG KETAT-KETAT !!!

Thursday 19 May 2011

seandai nya lelaki tahu

Andainya lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.   Andainya lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia ...lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.   Andainya lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.   Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.   Andainya lelaki tahu.. Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.   Andainya lelaki tahu.. Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.   Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang.. tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian.   Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.   Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.   Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.   Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.   Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.   Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.   Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.   Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.   Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.   Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.   Andai lelaki tahu.. Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.   Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.   Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.   Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda

Friday 13 May 2011

babe

i'm new here .. my blog still messy ... btw , come follow me ..